Huffaz Professional

 

Pengenalan Tahfiz

 

Program Pensijilan Tahfiz UNITEN dengan kerjasama Darul Quran, JAKIM telah bermula pada tahun 2012 lagi. Program ini adalah unik kerana para pelajar mengikuti sesi pembelajaran secara seiring (parallel session) antara Akademik dan Tahfiz.

Permulaan pengenalan program Huffaz Profesional/ Pensijian Tahfiz ini, UNITEN menumpukan kepada gabungan Kejuruteraan Mekanikal dan Tahfiz bagi melahirkan jurutera yang lebih berketrampilan dan mempunyai pendidikan profesional dan sebagai al-Hafiz. Graduan sulung program Pensijilan Tahfiz telah membuktikan bahawa program ini adalah bertepatan dengan kehendak masyarakat dan industri. Bertitik tolak dari situ, program ini telah diperkemas dan diperkembangkan lagi kepada beberapa disiplin kejuruteraan lain seperti Awam, Elektrik dan Kuasa.

 


 

Sumber Kuasa

 

 

Memorandum of Understanding (MoU) kali ke-3 bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 5 Mac 2024 bertempat di Dewan Muslimat, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

 


 


 

VISI

Melahirkan generasi Huffaz Profesional yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan Negara dan Ummah.

MISI

Mendidik dan melatih pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan akademik. Menyediakan pendidikan yang cemerlang dalam bidang Tahfiz dan Profesional selaras dengan kehendak semasa.

 


 

Latarbelakang & Program Pengajian

 

Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN ini merupakan program bersepadu akademik dan tahfiz dengan menggabungkan program Kejuruteraan, Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Ekonomi & Pengurusan serta Pengurusan Bisnes & Perakaunan.

 

 

Huffaz Profesional UNITEN


 

Latar Belakang Huffaz Profesional UNITEN

 


 

Kemasukan Pelajar

 

* Unjuran Pengambilan 2024

 

Kembara Temuduga Huffaz Profesional

 

*Sehingga 23 Jun 2024

 


 

Pencapaian