UNITEN DAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Published on Tuesday, September 3, 2024
   

3 September 2024 - Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan dan Kesihatan Pekerjaan dalam bidang Keselamatan Pekerjaan bagi Keselamatan Elektrik dan Tenaga tahun 2023-2026.

Pengiktirafan ini di bawah program Penggalakkan Pendidikan dan Penyelidikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Teras Strategik 3 Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 (OSHMP25). UNITEN telah berjaya memperoleh pengiktirafan ini melalui penilaian yang teliti oleh Badan Pensijilan Bebas.

Sijil pengiktirafan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud kepada Naib Canselor UNITEN, Profesor Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari di Bangi Avenue Convention Centre pagi tadi.