Pembiayaan Pendidikan Negeri Selangor
PINJAMAN BOLEH UBAH DALAM NEGARA (PBUDN)
SYARAT AM |
1. |
Pemohon dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia; DAN |
2. | Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atau |
3. | Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh (10) tahun di Selangor; (KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR) |
4. | Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan. |
5. | Sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh Kerajaan secara SEPENUH MASA. |
6. | Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian. |
7. | Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar) |
8. | Pendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa) hendaklah tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan (gaji pokok). |
9. | Sila sertakan SALINAN SIJIL LAHIR PEMOHON, SALINAN MY KAD PEMOHON, BAPA DAN IBU, SALINAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH (RENDAH DAN MENENGAH), SALINAN KEPUTUSAN SPM/ STPM/ STAM/ MATRIKULASI/ ASASI/ DIPLOMA (mana yang berkaitan). |
10. | SALINAN SLIP GAJI TERKINI (ibu dan bapa/penjaga), PESARA sila kepilkan SALINAN PENYATA PENCEN BULANAN atau jika BEKERJA SENDIRI/TIDAK BEKERJA/SURI RUMAH sila dapatkan PENGESAHAN PENDAPATAN (Disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok SAHAJA) |
11. | Bagi pemohon dan ibubapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengemukakan PENGESAHAN MASTAUTIN yang disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok SAHAJA) |
12. | Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan) |
13. | Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN DOKUMEN yang diperlukan akan DITOLAK. Dokumen yang dicetak tidak perlu dihantar. |
14. | Pemohon hendaklah membuat semakan secara talian / online dalam tempoh DUA MINGGU selepas TARIKH TUTUP PERMOHONAN. |
SYARAT AKADEMIK |
i. |
Sijil
|
||||||
ii. | Diploma
|
||||||
iii. | Ijazah Sarjana Muda
|
||||||
iv. | Ijazah Perubatan
|
KADAR PEMBIAYAAN |
PERINGKAT PENGAJIAN |
IPTA/IPTS (Kadar Setahun) |
Sijil | RM 4,000.00 |
Diploma | RM 8,000.00 |
Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai dan Veterinar) | RM 10,000.00 |
Perubatan dan Pergigian | RM 12,000.00 |
** Tajaan adalah bermula daripada tarikh kuatkuasa Surat Tawaran sehingga tamat pengajian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran daripada Universiti.
PENGURANGAN BAYARAN BALIK |
1. Pembiayaan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA / PNGK akhir pelajar.
2. Selain daripada CGPA/PNGK, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- tamat pengajian dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran;
- tidak melanggar mana-mana syarat seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian; dan
- mengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia TKWBNS.
Tarikh Permohonan : 15 Mei - 14 Jun 2023