Diskaun Pengajian Anggota Kerja TNB


Pemberian diskaun yuran pengajian ini adalah inisiatif yang disyorkan oleh Pengurusan UNITEN bagi mempromosi pengajian di UNITEN di kalangan anggota kerja TNB. Ini dapat menggalakkan anggota kerja TNB untuk memohon dan seterusnya mendaftar pengajian mereka di UNITEN.

Diskaun Yuran Pengajian  Universiti Tenaga Nasional kepada anggota kerja yang layak adalah seperti berikut

  • Anggota kerja lantikan Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Syarat Kelayakan Anggota Kerja

  • Semua anggota lantikan TNB yang masih dalam perkhidmatan.
  • Anggota kerja yang dilantik di bawah terma Pegawai Dagang (Ekspatriate) adalah layak memohon pemberian diskaun yuran pengajian.
  • Pemberian diskaun ini hanya diberikan kepada anggota kerja sahaja.

Syarat Kelayakan Pelajar

  • Status pelajar – Aktif Pengajian
  • Permohonan kali pertama perlu dilakukan pada semester pertama pengajian bagi melayakkan pelajar memohon diskaun pengajian pada semester seterusnya..
  • Pelajar di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Ijazah Kedoktoran layak untuk memohon diskaun.
  • Tidak mendapat mana-mana biasiswa atau pinjaman boleh ubah (termasuk YCU, MARA, JPA dan Yayasan Tenaga Nasional) kecuali PTPTN.

Pemberian Diskaun

Diskaun pengajian kepada anggota kerja lantikan TNB/UNITEN mengikut tempoh pengajian normal yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Akademik Universiti seperti jadual berikut :

Anggota Kerja Jumlah Diskaun Peringkat Pengajian

Anggota kerja TNB

20%
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Sarjana 
  • Doktor Falsafah
  • Diskaun adalah terhad kepada Yuran Pengajian sahaja.
  • Diskaun juga tidak akan diberikan ke atas subjek mengulang (repeat subject).
  • Sekiranya anggota kerja pernah menuntut di UNITEN, diskaun AlumniUNITEN adalah diberikan secara automatik (pelajar tidak perlu memohon) berdasarkan rekod UNITEN, diskaun ini juga akan dihentikan secara automatik sekiranya pelajar telah memperoleh biasiswa atau pinjaman pelajaran lain.

 

Cara Memohon

Borang permohonan dan status permohonan boleh dimajukan ke emel berikut:

Pn. Nurrul Hidayah Bte Ismail - E : nurrul@uniten.edu.my

Atau terus ke:

Kaunter 1: Programme Information & Inquiries 

UNITEN Customer Centre (UCC), Universiti Tenaga Nasional, Jalan Ikram-UNITEN 43000, Kajang Selangor.

Pertanyaan berkenaan maklumat pembayaran dan cara pembayaran boleh dimajukan ke emel berikut:

Muhammad Uzair Bin Mohd Yunos - E: uzair@uniten.edu.my
Khairil Ezzham Bin Azeme - E : ezzham@uniten.edu.my