YAYASAN BANK RAKYAT
PPBU ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang layak bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang cemerlang dan telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
LAMAN SESAWANG :Pembiayaan Pendidikan – Yayasan Bank RakyatSYARAT KELAYAKKAN AKEDEMIK
DIPLOMA:
Pemohon perlu berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya 5A.
IJAZAH SARJANA MUDA
- Diploma dengan PNGK minimum 3.30 atau
- Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.30 atau
- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan PNGK minimum 3.30 atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan ke atas atau yang setaraf dengan STPM.
SYARAT KELAYAKKAN MEMOHON
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan semasa menerima tawaran.
- Umur tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
- Telah disahkan mendapat tempat pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
- Terbuka kepada semua pelajar kecuali pelajar tahun akhir.
- Mod Pengajian secara SEPENUH MASA.
- Mengikuti pengajian dalam semua bidang yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi / Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Bahagian Pendidikan Swasta / Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR.
- Menyediakan 2 (dua) orang penjamin ketika menerima tawaran PPBU YBR: Ibu atau bapa serta seorang lagi daripada kalangan warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun dan ke bawah semasa tempoh permohonan, bekerja dan berpendapatan minimum RM1,000.00 dan ke atas.
- Keutamaan pemilihan permohonan diberikan kepada Anggota / Anak Anggota (Pemegang Saham) Bank Rakyat.
- Semasa tawaran, pemohon tidak dibenarkan menerima pinjaman / tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat yang sama (double sponsor).

