Pinjaman Pendidikan PTPTN



Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Sekali gus, membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).


Skop Pinjaman Pendidikan


Syarat-syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon
  3. Mendapat tawaran ke UNITEN dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  4. Kursus yang diikuti oleh pelajar mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN
  5. Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon
  6. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun
  7. Telah membuka akaun SSPN-i / SSPN-i Plus. Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.


Jumlah Pinjaman

Peringkat jumlah pinjaman ditentukan berdasarkan kelayakan di bawah:

Peringkat Pinjaman Kelayakan
 Maksimum Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH)
 75% daripada pinjaman maksimum Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data BSH)
 50% daripada pinjaman maksimum Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BSH)

 

Peringkat Pengajian \ Kadar Pinjaman Maksimum
(RM) / Tahun
75%
(RM) / Tahun
50%
(RM) / Tahun
 Foundation 6,800 5,100 3,400
 Diploma 6,800 5,100 3,400
 Ijazah Sarjana Muda (Sains) 14,030 10,520 7,010
 Ijazah Sarjana Muda (Sastera) 13,600 10,200 6,800


Pengeluaran Pinjaman

Pengeluaran pinjaman pertama dibuat setelah pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap kepada PTPTN.

Pengeluaran pinjaman kepada pelajar bagi semester berikutnya dibuat berdasarkan syarat-syarat berikut:

  • Masih meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan; dan
  • Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG) 2.0 ke atas.


Perlindungan Takaful

Skim pinjaman Pendidikan PTPTN dilindungi oleh takaful berkelompok sekiranya berlaku kematian atau ilat kekal menyeluruh kepada peminjam.

Di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok, amaun pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada peminjam akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful.


Pemberhentian Pinjaman

Pinjaman pendidikan akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut:

  1. Gagal/ berhenti pengajian pada peringkat/ jurusan/ IPT yang diluluskan semasa memohon pinjaman pendidikan;

  2. Pelajar membuat pembatalan pinjaman pendidikan PTPTN;

  3. Pemalsuan maklumat semasa permohonan; atau

  4. Peminjam diisytihar muflis.


Permohonan Pinjaman (Online)

Sebelum membuat permohonan, pastikan anda telah:

  • Menerima tawaran Universiti Tenaga Nasional
  • Mempunyai salah satu nombor akaun SSPN
  • Mempunyai akaun bank mengikut panel bank Universiti Tenaga Nasional
  • Membuat semakan jadual permohonan dan bayaran pinjaman.

Untuk memohon, sila klik pautan di bawah:

https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/register




Manual permohonan boleh dirujuk di sini.

Pastikan proses pembayaran pendaftaran diselesaikan sehingga cetakan resit PTPTN
supaya pendaftaran permohonan berjalan lancar.


Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN
Blok D, Megan Avenue II
No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03-2193 3000
Faks: 03-2193 1263
e-Aduan: iCare