Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak


 

Syarat-Syarat Permohonan

  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di negeri Perak.
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di negeri Perak tetapi beralamat di luar negeri Perak telah bermastautin di dalam negeri Perak lebih daripada 10 tahun.
  • Status pemastautin perlu dikemukakan dan hendaklah disahkan oleh penghulu di daerah masing-masing.
  • Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian sepenuh masa.
  • Pemohon mestilah telah mendapat surat tawaran daripada pihak universiti awam/IPTS
  • Pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya berbaki tiga (3) semester atau satu (1) setengah tahun tempoh pengajian pada masa pembayaran kali pertama diterima
  • Keutamaan diberikan kepada golongan B40
  • Umur pemohon pada tahun semasa tidak melebihi 41 tahun
  • Pemohon tidak boleh menerima apa-apa bentuk kewangan lain seperti biasiswa dan pinjaman daripada agensi lain
  • Maklumat yang diberikan dalam permohonan hendaklah lengkap dan benar. Jika didapati maklumat yang diberikan adalah tidak lengkap atau palsu, pihak kerajaan negeri Perak berhak membatalkan permohonan.

 

Kadar Pinjaman Pengajian Dalam Negara

Diploma RM5,000 setahun
Ijazah Sarjana Muda
Bidang perubatan RM10,000 setahun
Bidang Sains/ Sastera/ IT RM6,500 setahun
Master RM10,000 setahun
Tempoh tajaan 2 tahun (bermula dari tarikh kemasukan universiti)
PhD RM15,000 setahun
Tempoh tajaan 3 tahun (bermula dari tarikh kemasukan universiti)

Syarat-Syarat Tambahan

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Luar Negara

Kelayakan Akademik

  • SPM - 7A dan ke atas
  • STPM - CGPA 3.75 dan ke atas
  • STAM - Jayyid Jiddan dan ke atas
  • Diploma - CGPA 3.75 dan ke atas

*Tertakluk kepada keputusan lembaga dan dasar yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa

 

Kadar Pinjaman Pengajian Luar Negara

Ijazah Sarjana Muda
Negara-negara Asia RM10,000 setahun
Lain-lain negara RM15,000 setahun
Tempoh tajaan 4 tahun (maksimum)

 

Permohonan

  • Tarikh buka permohonan: 1 Oktober 2024
  • Tarikh tutup permohonan: 31 Oktober 2024

Permohonan adalah secara dalam talian (online):

https://studyfund.perak.gov.my/

atau

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

05-209 5000 (Unit Pinjaman)