'Jangan jejas usaha kurangkan gas rumah hijau'
Oleh Saiful Haizan Hasam - November 30, 2021 @ 6:30pm
saiful.haizan@bh.com.my
BANGI: Usaha Malaysia mengurangkan pelepasan gas rumah hijau untuk mencapai keneutralan karbon tidak boleh dibiarkan terjejas walaupun proses menangani krisis COVID-19 menjadi keutamaan pada masa ini.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata Malaysia perlu kembali kepada landasan menuju pembangunan mampan rendah karbon, di samping mengimbangi mitigasi dan penyesuaian iklim.
Beliau berkata, fasa pemulihan pasca pandemik juga memberi peluang menyelaraskan secara terperinci dasar awam berkaitan objektif iklim, sekali gus mengurangkan risiko infrastruktur intensif karbon terhenti.
Katanya, fasa itu juga memberi ruang kepada pembentukan pakej rangsangan yang mempercepatkan peralihan ke arah keneutralan karbon dan meningkatkan daya tahan terhadap kejutan pada masa depan berpunca daripada perubahan iklim.
"Walaupun tiada bukti mengaitkan secara langsung wabak COVID-19 dengan perubahan iklim, namun krisis COVID-19 memberi kita pengajaran mengenai kelemahan masyarakat kita terhadap kejutan global yang mendadak dan berimpak tinggi.
"Ia bukan saja terhad kepada pandemik, tetapi juga boleh menyerang dalam bentuk krisis ekonomi dan bencana berkaitan iklim," katanya berucap merasmikan Forum Antarabangsa berkenaan Landskap Tenaga Global 2021 (IFGE 2021) bertemakan Peralihan Tenaga Global Ke Arah Keneutralan Karbon: Cabaran, Peluang dan Implikasi kepada Malaysia di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Hassan Arifin dan Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Prof Datuk Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha.
Forum anjuran UNITEN yang berlangsung secara hibrid itu disertai lebih 300 peserta termasuk dari luar negara.
Sementara itu, Takiyuddin berkata, dalam memerangi perubahan iklim, Malaysia sudah menyatakan komitmen mencapai pengurangan 45 peratus intensiti pelepasan gas rumah hijau dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.
Beliau berkata, antara tindakan mitigasi utama yang sedang diambil untuk mencapai tahap itu ialah meningkatkan kecekapan tenaga, mengurangkan pergantungan kepada arang batu dan mengembangkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui.
Katanya, ia memerlukan proses peralihan tenaga iaitu penggunaan sumber tenaga yang lebih cekap, bersih dan boleh diperbaharui untuk menggantikan bahan api fosil.
"Pada masa ini, hanya sekitar lima peratus daripada campuran kuasa Malaysia dijana sumber tenaga boleh diperbaharui kerana penjanaan tenaga negara masih sangat bergantung kepada sumber bahan api fosil.
"Sebagai sebahagian daripada pelan peralihan tenaga Malaysia sehingga 2040 yang turut memberi tumpuan kepada pelan penjanaan kuasanya, kerajaan menetapkan sasaran baharu 31 peratus tenaga boleh diperbaharui pada 2025 dan 40 peratus pada 2035," katanya.
Sumber: Berita Harian Online
'KeTSA to introduce renewable energy programmes to meet ESG commitments'
PUTRAJAYA, Nov 30 -- The Energy and Natural Resources Ministry (KeTSA) plans to introduce new programmes to meet the growing demand for renewable energy among the corporate sector in meeting the environmental, social and governance (ESG) commitments. Its minister, Datuk Seri Takiyuddin Hassan said this was in line with the country’s agenda in combating climate change and to meet the energy demand as well as to reduce carbon emissions. He said Malaysia was also implementing critical mitigation actions to improve energy efficiency, reduce dependency on coal and expand renewable energy capacity in the energy mix. Currently, he said, only around 23 per cent of Malaysia’s power mix was generated by renewable energy sources, as the nation’s energy generation was still highly dependent on fossil fuels. “Hence, this requires an energy transition process whereby more efficient, cleaner and renewable energy sources are utilised to replace fossil fuels,” he said in his speech at the International Forum on the Global Energy Landscape 2021 (IFGE 2021) organised by Universiti Tenaga Nasional (Uniten), here, today. Takiyuddin said the government was also committed to increasing electricity generation from renewable energy sources through the Electricity Supply Generation Development Plan 2021-2039.
February, 2022
News | Published date | Source |
Adapt to environment, social and governance concerns or become obsolete | 28, February 2022 | New Straits Times |
Transport Minister: E2, E1, E driving licences will be merged to just E Class from March 1 | 28, February 2022 | New Straits Times |